[deng.ki] | دڠکي
Definisi : 1. = kedengkian kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yg amat sangat, niat jahat yg terpendam terhadap seseorang (disebabkan perasaan iri hati): tiada aku mengadakan segala perkataan ini oleh sebab ~; difitnahkannya pemuda itu kerana ~nya; 2. = berdengki menaruh perasaan benci (niat jahat dsb) terhadap seseorang kerana cemburu atau iri hati yg amat sangat: apalah gunanya kita ~ sesama kita; berdengki-dengkian saling berdengki; berdengki-dengkian saling berdengki; mendengki dengki pd (terhadap), menaruh kebencian (niat jahat) terhadap seseorang (kerana berasa iri hati yg amat sangat): tidak ada gunanya kamu ~ kawan-kawanmu sendiri; dengki-mendengki saling berdengki: semua penduduk Madinah tidak harus bermusuh-musuhan dan ~ antara satu sama lain; pendengki (orang yg sifatnya) suka mendengki: Ahmad itu ~ sungguh orangnya (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[deng.ki] | دڠکي
Definisi : tidak suka, marah dll kerana cemburu; benci kerana terlalu cemburu; iri hati. berdengki menaruh perasaan dengki (benci, marah dll): Apa faedahnya ~ antara adik-beradik? mendengki menaruh perasaan dengki terhadap; berasa iri hati akan; berdengki kpd: Tidak baik ~ saudara sendiri. dengki-mendengki saling mendengki: Usah kita ~ sesama sendiri. kedengkian sifat atau perasaan dengki. pendengki orang yg berdengki atau mendengki: Saya tidak suka kpd ~ spt dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)