Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ring] | ݢاريڠ

Definisi : keras tetapi rapuh (keropok, roti, dll), kering dan mudah hancur, rangup;menggaringkan menjadikan garing: biarlah ikan itu digoreng lama sedikit utk ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ring] | ݢاريڠ

Definisi : ark ambung, keranjang (rotan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ring] | ݢاريڠ

Definisi : sj ikan darat, sengaring, tambera, Labeobarbus tambra; karing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ring] | ݢاريڠ

Definisi : 1 agak keras dan kering tetapi rapuh: Biskut itu ~ dan rangup. 2 keras dan telah dimasak lebih lama drpd yg sepatutnya: Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garing

Peribahasa

Sudah jatuh ditimpa tangga.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Terjatuh dihimpit janjang).

 

Lihat selanjutnya...(8)