Definisi : 1. tanda yg halus panjang pd sesuatu permukaan yg tidak ada tebalnya dan lebarnya, garis: beberapa ~ berwarna hijau terdapat pd kertas itu; 2. coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan, garis: dia menendang bola itu keluar ~; 3. barisan kubu utk bertahan, deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai, garis: pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ musuh;~ bujur (Geog) garis di peta dr kutub utara sampai ke kutub selatan; ~ lintang (Geog) garis di peta yg selari dgn khatulistiwa;~ penamat garis yg menandakan tempat berakhirnya perlumbaan; ~ pusat garis pusat; ~ rentas garis rentas; ~ sejajar = ~ selari dua garis yg sama jarak antaranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : barisan kubu utk bertahan; deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai: Pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ pertahanan musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Definisi : coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan: Dia menendang bola itu keluar ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Definisi : tanda yg halus panjang tetapi tidak ada tebalnya atau lebarnya; coret panjang yg lurus, bengkok atau lain-lain: ~ dr A ke B hendaklah dipanjangkan hingga ke C. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)