Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lo.ra] | ݢلورا

Definisi : 1. ombak yg melambung hebat, air laut yg bergelora dgn hebat, banjir besar; 2. = musim ~ musim hujan dan badai, musim air bah; 3. perasaan yg bergolak (tidak tenang); ~ hati perasaan hati yg bergolak-golak; bergelora, menggelora 1. bergelombang besar, mengombak; 2. sangat gelisah (perasaan), berkobar-kobar (semangat): semangat kebangsaan telah ~; menggelorakan membangkitkan, mengobarkan (semangat dll), menaikkan perasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lo.ra] | ݢلورا

Definisi : 1 kocakan air laut yg sangat hebat; gerakan gelombang yg besar serta dgn kencangnya. 2 = musim ~ musim hujan dan angin ribut yg kencang; musim hujan lebat serta banjir: Dlm musim ~, mereka tidak berani turun ke laut. 3 ki perasaan yg tidak tenang; perasaan yg sentiasa bergolak. bergelora 1 berkocak dgn hebatnya (ttg air laut); bergelombang besar: Dr Melbourne, kapal itu telah belayar ke New Zealand, dan kemudian membelok ke selatan menempuh laut yg ~. 2 ki berasa sangat gelisah; bergolak dgn hebat (ttg perasaan); berkobar-kobar (ttg semangat). menggelorakan menyebabkan perasaan menjadi bergelora; mengobarkan semangat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelora