Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ger.ha.na] | ݢرهان

Definisi : 1. = ~ bulan bulan gelap sebahagian atau seluruhnya (kerana kena bayang-bayang bumi); 2. = ~ matahari matahari gelap sebahagian atau seluruhnya (kerana bulan berada di antara bumi dan matahari); 3. Id, ki dlm kesusahan; menggerhanakan ki menyebabkan menjadi gerhana, memudarkan: puisinya ~ semua puisi Inggeris yg sezaman dengannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ger.ha.na] | ݢرهان

Definisi : 1 peristiwa terlindungnya seluruh atau sebahagian drpd cahaya matahari oleh bumi atau bulan. 2 ki dlm kesulitan atau kesusahan. ~ bulan gerhana yg terjadi kerana bulan dilindungi bayang-bayang bumi (apabila bumi berada di antara matahari dgn bulan). ~ matahari gerhana yg terjadi kerana matahari dilindungi bulan (ketika bulan berada di antara bumi dgn matahari). ~ penuh gerhana yg menyebabkan seluruh permukaan bulan atau matahari terlindung. ~ separa gerhana yg menyebabkan hanya sebahagian drpd permukaan bulan atau matahari terlindung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerhana

Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

 

Lihat selanjutnya...(2)