Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hai.ran] | حيران

Definisi : 1. berasa pelik atau ganjil ketika melihat atau mendengar sesuatu, takjub, kagum: ~ saya melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul dgn berbagai-bagai bentuk dan corak; 2. aneh, ajaib, pelik, ganjil: ~ sungguh, mesin itu dapat memberi jawaban kpd masalah itu dgn begitu pantas; ~ bin ajaib aneh sekali, sungguh aneh; menghairani berasa hairan terhadap, me­ngagumi: sekali lagi ia ~ segala apa yg hendak diajar oleh ayahanda saudaranya itu seolah-olah telah diketahuinya terlebih dahulu; menghairankan menimbulkan rasa hairan (pelik, aneh, ganjil): kepintaran perompak itu melepaskan diri di tengah-tengah orang ramai sangatlah ~; keganjilan kelakuan laki-laki itu sungguh-sungguh ~; terhairan-hairan berasa sungguh hairan, tercengang-cengang (kerana hairan): berdiri­lah dia di situ ~; kehairanan 1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat hairan: dia ter­cengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2. keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak dihirau­kan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hai.ran] | حيران

Definisi : berasa pelik atau aneh kerana melihat atau mendengar sesuatu yg luar biasa; takjub: Saya ~ melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul berbagai-bagai bentuk. menghairankan me­nimbulkan rasa hairan; menakjubkan: Kepintaran budak itu bermain senjata ~ para penonton. kehairanan 1 = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan; sangat hairan: Dia tercengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu. 2 keadaan atau rasa hairan: Keadaan pelik itu menimbulkan ~ di kalangan orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hairan
1. Bersinonim dengan aneh
( ganjil, pelik, luar biasa, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kagum
( takjub, terpesona, terkejut, terperanjat, kaget, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghairankan, terhairan-hairan, kehairanan,

Puisi
 

Paya Sengeram batu berjari,
     Buah jering dalam petak;
Hairan sungguh hati kami,
     Lautan kering timbul katak.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagaimana tidak menggigit telunjuk,
     melihat air hujan turun keruh.

Bermaksud :

Hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh.

 

Lihat selanjutnya...(2)