[ha.ru.bi.ru] | هارو - بيرو
Definisi : haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yg dahulunya sangat tenang telah menjadi ~; mengharu-birukan 1. menimbulkan kerusuhan (kekacauan dll), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah ~ suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dsb): yg sangat ~ fikirannya ialah perceraian dgn anaknya; masalah itu ~ fikirannya; keharu-biruan keadaan haru-biru: ~ yg berlaku dlm mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ha.ru.bi.ru] | هارو - بيرو
Definisi : ; ®haru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ha.ru.bi.ru] | هارو - بيرو
Definisi : = ~-hara tidak aman; kelam-kabut; kacau-bilau; huru-hara: Kota yg dahulunya aman damai telah menjadi ~-biru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)