[ha.yat] | حيات
Definisi : Ar ada nyawa pd badan, hidup; ilmu ~ pengetahuan tentang makhluk hidup (binatang dan tumbuhan), kaji hayat, biologi; selama ~ dikandung badan selagi hidup; tanda ~ cenderamata; mendapat ~nya sl mengalami sendiri; menghayati mengalami dan merasai (dlm batin), meresapkan ke dlm jiwa: matlamat akhirnya ialah utk ~ nilai-nilai akhlak; penghayatan perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dlm batin: buku-buku yg baik akan mempertinggi ~ estetik pd pembaca; inti karya seni adalah ~ penciptanya; aspek-aspek penguasaan dan ~ bahasa Melayu Tinggi; penghayat orang yg menghayati sesuatu (cerita, peristiwa): kita sbg pembaca dan ~ harus lebih teliti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ha.yat] | حيات
Definisi : ; baju ~ sl sj baju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ha.yat] | حيات
Definisi : keadaan yg membezakan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan drpd tanah, batu dsb; kehidupan; nyawa. selama ~ dikandung badan selama masih hidup; selagi hidup. menghayati mengalami dan merasai sesuatu dlm batin: Dia sedang ~ cerita yg dibacanya itu. sehayat selama masih hidup; selagi hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)