[iÖ.ti.qad]/[ik.ti.qad] | اعتقاد
Definisi : Ar kepercayaan atau keyakinan di dlm hati yg berkaitan dgn rukun iman: ada orang kita yg telah mulai terpesong ~nya; agama Islam terdiri drpd bahagian batin dan bahagian zahir, bahagian batin itu adalah mengenai iman atau ~; dgn ~ baik dgn maksud yg baik; beriktikad menaruh penuh keyakinan atau kepercayaan di dlm hati, percaya benar-benar, yakin: kita mestilah ~ bahawa Allah itu ada; mengiktikadkan meyakini, percaya akan, mempercayai: asal mula erti kata al-jihad ialah mengeluarkan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan yg diiktikadkan oleh manusia bahawa jalan itulah yg hak dan benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[iÖ.ti.qad]/[ik.ti.qad] | اعتقاد
Definisi : perasaan yakin dlm hati (biasanya dlm hal-hal agama): Kita hendaklah memperteguh ~ bahawa Tuhan itu ada. beriktikad menaruh keyakinan penuh dlm hati; mempercayai benar-benar; meyakini: Setiap orang Islam ~ bahawa alam ini dijadikan oleh Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)