[i.ma.gi.na.si] | ايماݢيناسي
Definisi : daya khayal, daya atau kemampuan menggambarkan (sesuatu) dlm angan-angan atau mencipta sesuatu secara khalayan: ada pengarang yg dapat menceritakan sesuatu kisah itu dgn hanya berdasarkan ~nya sahaja; mengimaginasikan membuat gambaran dlm fikiran, membayangkan: saya fikir penulis harus ~ pembaca sbg bakal kekasihnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[i.ma.gi.na.si] | ايماݢيناسي
Definisi : kebolehan menggambarkan sesuatu dlm fikiran; apa-apa yg digambarkan dlm kepala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)