[je.nis] | جنيس
Definisi : 1. golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai sifat-sifat yg sama, bangsa: tikus dan arnab termasuk ~ binatang yg mengerip; 2. = ~ kelamin sifat kelamin (laki-laki atau perempuan): perkataan-perkataan dlm bahasa Inggeris mempunyai perbezaan ~ kelamin; 3. bagai, macam: barang ini agak mahal harganya kerana drpd ~ yg baik; berbagai-bagai ~ = serba ~ bermacam-macam; 4. kasta, golongan (dlm masyarakat dll): di Minangkabau terdapat orang yg tiga ~, iaitu malim, hulubalang, dan menteri; berjenis bp elok (barang, perangai); berjenis-jenis bermacam-macam, berbagai-bagai; menjeniskan membahagi-bahagikan (menggolong-golongkan) menurut jenis; penjenisan perihal (perbuatan, kerja, dsb) menjeniskan, pembahagian kpd beberapa jenis: digambarkan dgn rajah pohon yg menunjukkan ~ struktur sintaksis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[je.nis] | جنيس
Definisi : 1 golongan benda (spt binatang, tumbuh-tumbuhan) yg sama sifatnya atau bangsanya: Pinang dan kelapa termasuk dlm ~ palma. 2 = ~ kelamin sifat kelamin (sama ada lelaki atau perempuan): Apa ~ anak kamu yg baru itu? 3 bagai; macam; kualiti: pelbagai ~ bermacam-macam. berjenis-jenis bermacam-macam; berbagai-bagai. menjeniskan membahagi-bahagikan menurut golongan atau jenisnya. penjenisan perbuatan atau hal menjeniskan. sejenis semacam; sebangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)