[ju.lung] | جولوڠ
Definisi : 1. pertama, utama; warna ~ warna utama; 2. belum ada lagi sebelumnya, mulai, baharu; gadis ~ bersubang = bujang ~ berkeris prb orang yg sangat berlagak (kerana baru mendapat kekayaan atau dinaikkan pangkat); julung-julung mula-mula, pertama-tama; buah ~ buah yg mula-mula; ~ kali = ~ sekali ark pertama sekali, mula-mula sekali, buat pertama kali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ju.lung] | جولوڠ
Definisi : Jw (orang yg) mempunyai nasib yg buruk sejak lahir lagi (spt akan dibunuh dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ju.lung] | جولوڠ
Definisi : 1 pertama; utama: warna ~ warna utama. 2 belum ada lagi sebelumnya; mula; baru: Anak muda ~ berkeris. julung-julung pertama sekali; mula-mula: buah ~ buah yg mula-mula sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)