[ka.mi] | کامي
Definisi : 1. saya sekalian (saya dan rakan-rakan saya semua): sudah lama ~ menunggu awak di sini; 2. saya, aku: tidaklah ~ panjangkan cerita tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ka.mi] | کامي
Definisi : 1 kata ganti nama diri pertama dlm bentuk jamak: Selepas itu, ~ pun pulanglah ke rumah. 2 saya; aku: Tidaklah ~ panjangkan cerita tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)