[kap.ten] | کڤتن
Definisi : 1. (pangkat) pegawai bertauliah dlm tentera darat dan tentera udara yg kedudukannya setingkat lebih tinggi drpd leftenan dan setingkat lebih rendah drpd mejar; 2. (pangkat) pegawai bertauliah kanan dlm tentera laut yg kedudukannya setingkat lebih tinggi drpd komander dan setingkat lebih rendah drpd laksamana pertama (setaraf dgn kolonel dlm tentera darat dan tentera udara); 3. juruterbang kanan yg bertanggungjawab mengendalikan operasi sesebuah pesawat terbang awam; 4. = ~ kapal orang yg mengendalikan operasi kapal dagang atau kapal penumpang, nakhoda kapal; 5. orang yg mengetuai sesuatu pasukan permainan (spt bola sepak, hoki dsb), ketua pasukan; 6. orang yg diberi kuasa memimpin sesebuah pertubuhan, kumpulan dsb: pengurus merupakan ~ dlm sesebuah firma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kap.ten] | کڤتن
Definisi : kapten /kaptén/ 1 = ~ kapal ketua atau pemimpin kapal; nakhoda. 2 pegawai tentera darat yg berpangkat di bawah mejar tetapi lebih tinggi drpd leftenan. 3 pegawai tentera laut yg berpangkat di bawah komodor tetapi lebih tinggi drpd komander. 4 ketua dlm sesuatu pasukan (pasukan bola sepak dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)