Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wa.lan] | کاولن

Definisi : 1. yg dikawal; hukuman ~ hukum­an yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wa.lan] | کاولن

Definisi : usaha mengawal (menjaga, mengawasi); hasil mengawal: ~ keselamatan akan dijalankan di sepanjang pantai. ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawai mutu yg telah ditetapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)