[ké.coh] | کيچوه
Definisi : (kécoh) tipu (spt curang dlm mengukur atau menimbang barang, menipu tentang mutu barang dll): dlm perdagangan, banyak ~; mengecoh menipu (dgn kecurangan-kecurangan), memperdayakan: saudagar-saudagar selalu hendak ~ mereka; terkecoh tertipu, terperdaya; pengecohan penipuan: ~ berlaku dr segi timbang dan harga pasaran yg ditetapkan lebih rendah drpd yg sepatutnya; pengecoh penipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ké.coh] | کيچوه
Definisi : (kécoh) heboh, bising, riuh: ke-dengaran sesuatu yg ~, terdengar suara yg keras dan garang; mengecoh, mengecohkan 1. membuat heboh (bising dll), meriuhkan; 2. mengacaukan, merumitkan: semua itu benar-benar mengecohkan fikirannya; kekecohan perihal kecoh (heboh, bising), keriuhan: Nahidah tidak mahu ~ berlaku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ké.coh] | کيچوه
Definisi : /kécoh/ perbuatan curang; tipu (ketika menyukat atau menimbang sesuatu): kena ~ kena tipu; tertipu. mengecoh berlaku curang kpd; menipu: Pekedai-pekedai selalu ~nya. pengecohan perbuatan mengecoh; penipuan. pengecoh orang yg menipu (dlm perniagaan dll); penipu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[ké.coh] | کيچوه
Definisi : /kécoh/ riuh-rendah; heboh; bising. mengecoh membuat bising (riuh); membising. mengecohkan menjadikan bising (riuh); meriuhkan: Jerit pekik mereka ~ suasana. kekecohan keadaan atau suasana kecoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)