[ke.hau.san] | کهاءوسن
Definisi : perihal atau keadaan haus: ~ gandar penggerak utama boleh menyebabkan gangguan kelancaran bergerak mekanisme pelepas cekam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.hau.san] | کهاءوسن
Definisi : 1. perihal haus (dahaga, menderita dahaga): masing-masing mahu memuaskan ~ dgn air di hadapan mata; 2. ki keinginan, kemahuan; 3. menderita atau berasa haus: mungkin dia akan mati ~ atau dibaham anjing liar; sekali sekala kedengaran suara lembu ~ dan kehabisan rumput di kandangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.hau.san] | کهاءوسن
Definisi : keadaan atau hal haus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)