Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.kang] | ککڠ

Definisi : 1. besi bergerigi yg di­kenakan pd mulut kuda (utk mengendalikan­nya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang­-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi; mengekang 1. menarik tali kekang (utk mem­berhentikan kuda); 2. ki menyekat, menahan atau mencegah (hawa nafsu, kejahatan, dll), melarang, memberangus (surat khabar): seakan-akan ada sesuatu kekuasaan yg ~ kebebasannya; ~ hawa nafsu; ~ kemerdekaan akhbar; terkekang dihentikan (kuda yg berlari), ter­kendali, tertahan, tercegah (kejahatan, hawa nafsu, dll); pengekangan perihal atau perbuatan mengekang (hawa nafsu dll); kang II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.kang] | ککڠ

Definisi : , 1 = kekangan besi bergerigi yg dipasang pd mulut kuda utk mengendalikannya. 2 = tali ~ tali utk mengendalikan kuda. mengekang 1 menarik tali kekang utk memberhentikan kuda: Kuda yg ketakutan itu tidak dpt dikekang lagi. 2 ki menyekat supaya tidak berlaku sesuatu; menahan; mencegah: Kerajaan hendaklah mengadakan undang-undang utk ~ harga barang-barang supaya tidak naik. kekangan 1 kekang. 2 ki paksaan (sekatan, batasan) yg dikenakan kpd seseorang dll; kendala. 3 ki kawalan perasaan (spt nafsu, keinginan). pengekangan perbuatan atau hal mengekang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kekang
Kata Terbitan : mengekang, terkekang, kekangan, pengekangan,