Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.min] | کلامين

Definisi : 1. pasangan atau jodoh (laki-laki dan perempuan), dua sepasang; katil ~ katil utk dua orang; 2. keluarga (suami isteri dan anak); 3. = alat ~ kemaluan manusia atau binatang (pd laki-laki atau perempuan, jantan atau betina); penyakit ~ penyakit pd kemaluan (lelaki atau perempuan); perhubungan ~ persetubuhan, perhubungan jenis; 4. = jenis ~ jantina, jenis (lelaki atau perem­puan, jantan atau betina); sekelamin 1. sepasang (suami isteri), dua sepasang (jantan dan betina); 2. sekeluarga: ran itu didiami oleh ~ orang Sakai; berkelamin 1. berpasangan (lelaki dan pe­rempuan), dua sepasang; 2. bersama isteri atau suami (dan anak): taman bunga masih ramai dgn orang yg bersiar-siaran ~ dan berpasang-pasang; 3. beristeri (bersuami), beristeri (bersuami) dan beranak, berkeluarga: ia sudah bosan membujang dan ingin pula hidup ~; mengelamin mengahwini; perkelaminan perihal berkelamin, kehidup­an sbg suami isteri atau sbg suatu keluarga: kedua-dua pihak, lelaki dan perempuan, yg hendak mendirikan rumah tangga harus mengetahui hal-hal yg berkaitan dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.min] | کلامين

Definisi : 1 pasangan lelaki dan perempuan; dua dlm sepasang. 2 suami isteri dan anak-anak; keluarga. jenis ~ jenis lelaki atau perempuan, jantan atau betina; jantina. berkelamin 1 berpasangan. 2 beristeri atau bersuami; bersuami atau beristeri dan beranak. mengelamin mengahwini. perkelaminan keadaan atau hal hidup berkelamin. sekelamin 1 sepasang suami isteri; sepasang (jantan dan betina). 2 sekeluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelamin (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, jantina, seks,

2. Bersinonim dengan keluarga: seisi rumah, batih,

Kata Terbitan : sekelamin, berkelamin, mengelamin,