[ke.lip] | کليڤبر
Definisi : ; sekelip; ~ mata sekejap mata (sekedip mata), sesaat: dgn ~ mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang; berkelip, terkelip tertutup sesaat sebelum terbuka semula (bkn mata), berkedip, terkedip; tidak ~ tidak tertutup (mata) seketika pun (spt mata orang yg sedang merenung sesuatu); berkelip-kelip, terkelip-kelip kejam (pejam) celik dgn pantas (bkn mata), seketika terang seketika padam (bkn lampu), berkedip-kedip, terkedip-kedip (bkn mata, lampu, dll), gemerlapan (bintang dll): matanya terkelip-kelip spt orang kesilauan; berkelipan berkilauan, gemerlapan: bintang-bintang nampak ~ di angkasa; mengelipkan; ~ mata mengejamkan mata sesaat sahaja (dan membukanya kembali), mengedipkan mata, mengejapkan mata; kelipan perihal berkelip, gerakan (mata) berkelip, kejapan (mata dll): bertemulah dua pasang mata tanpa ~, membayangkan isi hati; kerlip I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.lip] | کليڤبر
Definisi : Id sj duit syiling (bernilai 5 sen). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.lip] | کليڤبر
Definisi : ; berkelip, berkelip-kelip 1 sekejap terbuka sekejap tertutup (ttg lampu dsb); pejam celik (ttg mata dll): Tidak ~ matanya memandang muka Abdullah. 2 sekejap kelihatan bercahaya dan sekejap suram (bkn lampu dll); berkedip-kedip: Bintang kelihatan ~ di langit. berkelipan berkilauan; bergemerlapan: Bintang-bintang ~ di angkasa. mengelipkan menjadikan berkelip: ~ mata memejamkan mata seketika dan membukanya kembali; mengedipkan mata. terkelip, terkelip-kelip pejam celik (ttg mata); sekejap bercahaya sekejap suram (ttg lampu dsb); terkedip-kedip. kelipan gerakan pejam celik atau terbuka tertutup, kedipan: ~ mata; ~ bintang. sekelip; ~ mata sekejap mata; sesaat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[ke.lip] | کليڤبر
Definisi : ; kelip-kelip nama sj serangga yg mengeluarkan cahaya yg berkelip-kelip; kunang-kunang, Photuris spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[ke.lip] | کليڤبر
Definisi : ; kelip-kelip kertas berkilat (biasanya digunakan utk perhiasan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)