Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ruh] | کروه

Definisi : 1. tidak jernih (kerana mengandungi kotoran spt keladak, lumpur, dll), agak kotor (bkn air): lumpur dr lombong bijih itu menjadikan air sungai itu ~; 2. tidak menyenang­kan atau menggembirakan (bkn kejadian, peristiwa, suasana, dsb), tidak cerah (bkn ke­adaan cuaca dll), agak muram (bkn air muka), agak kacau (kusut) atau tidak keruan (bkn pe­rasaan dsb), tidak sopan atau tertib (bkn kata­-kata dsb): Bidin terkenangkan peristiwa-peristiwa ~ yg telah berlaku pd dirinya; cuaca cerah dan udara tenang telah berubah menjadi ~ dan malap; air muka yg ~ dan sedih; bahasanya ~ bahasanya tidak sopan (tertib); jejaknya ~ Mn asal keturunannya atau perbuatannya yg sudah-sudah kurang baik; ~-~ kerak keruh sedikit (bkn air); buang yg ~ ambil yg jernih prb lupakan perkara atau peristiwa yg tidak baik dan ambil (ingatkan) yg baik-baik sahaja; mengeruh menjadi keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll); mengeruhkan menjadikan atau menyebab­kan keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll): gas karbon dioksida boleh ~ air kapur; pertelingkahan mengenai calon pilihan raya ini akan ~ suasana dlm parti; kekeruhan keadaan atau sifat keruh, ke­adaan tidak jernih (tidak menyenangkan dll): ada sesuatu ~ dlm suasana rumah tangga Zarina; ~ air itu disebabkan oleh kotoran yg terkandung di dlmnya; ~ air mukanya menunjukkan ada sesuatu yg kurang baik telah berlaku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ruh] | کروه

Definisi : dengkur, dengus; berkeruh, mengeruh berdengkur, menden­gus: malam itu Bujal tidur dgn nyenyaknya sambil mengeruh keras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ruh] | کروه

Definisi : ; ~ bumi sl sj ukuran jarak jauh (kira­-kira dua hingga tiga batu atau tiga hingga lima kilometer): kira-kira empat ~ bumi jauhnya berjalan, datanglah pd suatu sungai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ruh] | کروه

Definisi : 1 tidak jernih (bkn air dsb) kerana ada keladak dll di dlmnya: Hujan lebat menyebabkan air sungai itu menjadi ~. 2 ki tidak tenteram atau tidak tenang (bkn suasana, keadaan dsb); tidak gembira (bkn air muka dsb): Air mukanya kelihatan ~. mengeruhkan 1 menjadikan (menyebabkan) keruh: Hujan lebat di hulu telah ~ air di hilir. 2 menjadikan tidak aman atau tidak gembira: Pertengkaran kecil telah ~ suasana di tempat itu. kekeruhan keadaan atau sifat keruh: ~ air perigi itu dpt dijernihkan dgn mencampakkan beberapa ketul tawas ke dlmnya. ~ suasana; ~ air muka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ruh] | کروه

Definisi : ; berkeruh mengeluarkan nafas dan bunyi yg kuat ketika tidur; berdengkur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keruh

Puisi
 

Air keruh telaga keruh,
     Air kunyit pencuci kaki;
Adik jauhabang pun jauh,
     Tidur seminit dimasuk mimpi.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Jikalau di hulu airnya keruh,
     tak dapat tidak di hilirnya keruh juga.

Bermaksud :

Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. (Bandingkan dengan: Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga).

 

Lihat selanjutnya...(20)