Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lopak atau lubang di tanah yg berisi air dan lumpur (tempat kerbau berendam); asalnya dr kubangan ki (orang yg) terlalu hina; air lalu, kubangan tohor prb upah atau wang yg diterima habis dibelanja (utk membayar hutang); besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan prb tiap-tiap orang mulia dan berkuasa di tempatnya masing-masing; tiada kubangan yg tiada berkodok prb tiada negeri yg tidak ada keburukannya; berkubang 1. berendam atau bergolek dlm air yg berlumpur (bkn kerbau, babi, dll): pergi juga ia bermain-main dlm lumpur dan ~ dlm sungai itu dgn sukanya; 2. ki bersarang, bertempat: dadanya tempat iblis ~; 3. berĀ­lumpur, bergelumang dgn lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; berkubang Kl bersepah-sepah (sampah, kain baju, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok), kubin, mengĀ­kubung, selaru, sepedas, telinga gajah, Macaranga gigantea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = kubangan lopak atau lubang yg berisi air dan lumpur (tempat kerbau berendam). berkubang berendam dlm kubang (bkn kerbau dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kubang.