[ku.li] | کولي
Definisi : orang yg membuat kerja kasar atau kerja berat (spt memunggah barang, membaiki jalan raya, dll), buruh kasar: maka dipanggilkannya segala ~ dlm Melaka drpd segala bangsa, maka disuruhnya ~ pecahkan kota itu; makan ~ bekerja sbg kuli; wang ~ wang yg dibayar kpd kuli sbg upah; ~ plat kuli stesen dll yg lengannya memakai plat bernombor; berkuli bekerja sbg kuli: pekerjaan terlalu sedikit, sedang orang yg mahu ~ terlalu banyak; memperkuli memperbuat sbg kuli: maksud mereka tiada lain lagi drpd hendak ~ dia; kulian wang kuli, upah kpd kuli. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ku.li] | کولي
Definisi : orang yg membuat kerja yg berat-berat atau kasar; buruh kasar. berkuli bekerja sbg kuli; menjadi kuli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)