Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.man] | کومن

Definisi : 1. organisma halus (tidak terlihat oleh mata kasar) yg wujud di udara, air dan tanah dan pd makhluk hidup dan mati, yg penting kpd manusia kerana kesan-kesan kimianya dan kadangkala menyebabkan penyakit, bak­teria, basil; ilmu ~ ilmu mengenai berbagai­-bagai bakteria (yg menyebabkan penyakit); 2. ki sesuatu yg sangat halus atau seni (spt debu dll); ~ air kutu dlm air yg menyebabkan kudis; ~ menjadi barah (pekung) prb perkara kecil menjadi besar kerana dibiarkan; ~ di seberang lautan tampak, gajah (bertengger) di pelupuk mata tiada tampak prb kesalahan (keburukan) orang dapat dilihat tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; matilah ~ kena pelantik sekalian alam limpah darahnya prb orang kebanyakan berkahwin dgn orang bangsawan, menjadi buah mulut orang halnya; mencungkil ~ dgn alu prb membuat pekerjaan yg sia-sia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.man] | کومن

Definisi : 1 = ~ penyakit benda hidup yg seni yg mendatangkan berbagai-bagai jenis penyakit: Air hendaklah dimasak supaya ~ di dlmnya mati. 2 ki sesuatu yg halus atau seni (mis debu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuman (kata nama)
Bersinonim dengan bakteria, virus, aba-daba, hama, zarah, basil;,
Kata Terbitan : berkuman,

Puisi
 

Anak haruan mudik berenam,
     Lumba-lumba menyusul tebing;
Sama mencecah si hati kuman,
     Susah senang sama membimbing.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.

Bermaksud :

Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar.

 

Lihat selanjutnya...(11)

563

Sweep your own doorstep clean

Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.

Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar

''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said

''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar,'' ka

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)