[ku.rus] | کوروس
Definisi : 1. kurang berdaging (tubuh dll), tidak gemuk atau gempal: kerana terlalu bersedih hingga tidak lalu makan, tubuhnya menjadi semakin ~; ~ kekek Kl terlalu kurus; ~ kering terlalu kurus; ~ kesin Kd kurus kering; 2. tidak subur (tanah): tanah negeri itu sangat ~; memperlihatkan ~ tidak berbaju prb mendedahkan kemiskinan kita kpd orang; mengurus menjadi kurus, merana; menguruskan menyebabkan kurus, membuat supaya kurus: kurang makan dan tidur boleh ~ badan; kekurusan 1. perihal kurus; 2. sangat kurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ku.rus] | کوروس
Definisi : tidak gemuk atau tidak gempal (bkn tubuh badan dll): Ahmad ~ tetapi Ali gemuk. menguruskan menyebabkan menjadi kurus: Kurang makan dan kurang tidur dpt ~ badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)