[lan.cung] | لنچوڠ
Definisi : 1. tidak tulen (barang-barang dll), palsu: emas ~; 2. tidak jujur, tidak sebenar-benarnya, curang: cintamu kepadaku selama ini ~, palsu, sekali-sekali bukan cinta sejati; sekali ~ keujian seumur hidup orang tak percaya prb sekali diketahui perangai ygburuk sepanjang masa orang tidak percaya lagi; melancung, melancungkan membuat palsu atau tidak benar, menipu: ~ wang; lancungan (barang-barang) tiruan atau palsu: paun emas itu digantinya dgn paun ~; kelancungan keadaan yg tidak tulen (betul, jujur, dll), kepalsuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lan.cung] | لنچوڠ
Definisi : sj tumbuhan (rumput), Leptaspis urceolata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lan.cung] | لنچوڠ
Definisi : 1 tidak tulen; tiruan (ttg barang); palsu: emas ~. 2 tidak sungguh-sungguh; tidak jujur; curang: sahabat yg ~. melancungkan membuat sesuatu menjadi lancung; memalsukan: ~ wang. lancungan barang palsu atau barang tiruan. kelancungan 1 keadaan atau hal lancung; kepalsuan. 2 keadaan atau sifat curang; kecurangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)