Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.pu/] | لاڤوق

Definisi : 1. bercendawan kerana buruk atau terlalu lama (kayu dll), reput: koyak penjuru kain itu bukan kerana telah lama atau ~, tetapi kerana tersangkut; 2. ki terlalu lama atau tua, tidak berguna lagi, usang; tidak ~ dek hujan, tidak lekang dek panas kekal dan tidak dipinda-pinda (adat dll); ~ oleh kain sehelai prb sejak mulanya beristeri atau bersuami hanya seorang sahaja; ~-~ diganti, usang-usang dibarui = usang dibarui, ~ dikajangi prb adat atau kebiasaan lama yg jarang dipakai dihidupkan kembali; berlapuk bercendawan (kerana buruk, ter­dedah, tua, dll), tumbuh cendawan: barang yg lekas ~ hendaklah dijemur selalu; melapukkan menyebabkan jadi lapuk, me­reputkan; kelapukan perihal lapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pu/] | لاڤوق

Definisi : Mn; berlapuk-lapuk (bunyi orang) bertepuk tangan; melapuk menampar, menepuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pu/] | لاڤوق

Definisi : 1 buruk (terlalu lama) dan ditumbuhi cendawan; reput. 2 ki tidak berguna lagi kerana terlalu lama (bkn adat dll); usang: kepercayaan yg ~. berlapuk ditumbuhi cendawan dan buruk; bercendawan (kerana sudah tua atau buruk): Kasut kulitnya ~ kerana tidak pernah digosok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan buruk: reput, bercendawan,

2. Bersinonim dengan usang: tua, antik, lama.,


Peribahasa

Lapuk oleh kain sehelai.

Bermaksud :

Beristeri atau bersuami hanya seorang saja, tidak bercerai-cerai dan tidak diduakan.

 

Lihat selanjutnya...(10)