[la.ri/] | لاريق
Definisi : ; melarik 1. menjadikan licin dan bulat (dgn bindu), membindu, mencanai: catur gading baru dilarik; 2. mengorek atau melubangi, mengukir; larikan hasil drpd melarik; pelarikan perbuatan atau hal melarik; pelarik alat utk melarik (bindu), alat utk membentuk belanga (labu air dll drpd tanah liat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[la.ri/] | لاريق
Definisi : Jw ark baris, deret; berlarik, berlarik-larik berbaris-baris, berderet-deret, bergaris-garis, bergalur-galur: gajah putih yg gadingnya ~ emas suasa dan tembaga; melarik menyusun berbaris-baris atau berderet-deret. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[la.ri/] | لاريق
Definisi : ; melarik 1 melicinkan dan menjadikan bulat dgn alat tertentu (bkn kayu, logam dll); membindu: Kerja-kerja ~ memerlukan ketelitian. 2 melicinkan dan membulatkan kayu, logam dsb dgn alat tertentu: Kaki kerusi itu siap dilarik. 3 mengorek atau melubangi sesuatu (dgn bor dsb): ~ lubang skru. larikan hasil drpd melarik. ~ kasar larikan yg dilakukan pd peringkat awal (sebelum larikan kemasan). ~ kemasan larikan yg dilakukan (selepas larikan kasar) utk melicinkan sesuatu. pelarik alat utk melarik (gading, kayu dsb); alat utk membentuk belanga (labu air dll) drpd tanah liat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)