Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.tar] | لاتر

Definisi : 1. Jw bidang, permukaan; 2. Jw datar, rata; 3. tanah atau dasar (warna kain dll); 4. Jw halaman rumah; 5. latar belakang; berlatar mempunyai latar, bertanah, berdasar: kain batik itu ~ warna hitam; berlatarkan mempunyai sesuatu sbg latar: Samarendah yg mempunyai motif ruang lebar yg melintang dan ~ warna gelap; melatari menjadi latar kpd; pelataran 1. halaman rumah; 2. tanah atau dasar kain; 3. pelantar pd rumah (stesen kereta api dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.tar] | لاتر

Definisi : 1 bidang; permukaan. 2 rata; datar. 3 dasar atau tanah (warna kain dll). 4 halaman rumah. ~ belakang a. sejarah atau pengalaman seseorang termasuk pendidikan dan keadaan hidupnya. b. dasar sesuatu hal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata latar