[la.wat] | لاوت
Definisi : ; melawat 1. pergi mengunjungi (negara asing dll): ~ ke Jepun; 2. menziarahi jenazah; melawati datang melihat, mengunjungi, menziarahi (jenazah, orang sakit): ~ orang mati; maka terdengarlah kpd orang kuala bunyi bedil spt bertih, maka segera dilawatinya; lawat-melawati saling melawat antara satu sama lain, kunjung-mengunjungi; lawatan perihal melawat (mengunjungi, menziarahi, dll), kunjungan: mereka berbual panjang tentang ~ ke Batikan; ~ sambil belajar lawatan ke sesuatu tempat (institusi, firma dsb) utk meninjau (mengetahui atau mempelajari) serba sedikit fungsi, aktiviti atau perjalanan institusi, firma dsb itu; pelawat orang yg melawat, pengunjung: ~-~ Zoo Negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[la.wat] | لاوت
Definisi : ; melawat 1 pergi berkunjung (ke sesuatu tempat): Dia baru saja ~ ke Eropah. 2 datang melihat; menziarahi: ~ orang mati. melawati pergi utk melihat-lihat (sesuatu tempat dll); mendatangi; mengunjungi. lawatan hasil (hal dsb) melawat atau melawati; kunjungan: ~ Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah disambut dgn meriah oleh penduduk kampung itu. pelawat orang yg melawat: guru ~ guru yg memeriksa sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)