[le.kap] | لکڤ
Definisi : lekat (rapat sekali), merapat, menempel; melekap 1. melekat (pd), tertampal (pd): kedua-dua tapak tangannya ~ ke daun pintu; 2. merapat, mendekat: muka anak itu ~ di dada ibunya; melekapkan 1. menjadikan melekap, melekatkan, menampalkan (gambar dll): ~ ubat ke tempat yg luka; 2. merapatkan, mendekatkan, mendempetkan: kepalanya dilekapkannya ke dada ayahnya; 3. ki memasangkan atau mengenakan sesuatu (pakaian dll); terlekap terlekat pd, tertampal pd, dlm keadaan yg melekap; pelekapan perihal (proses, perbuatan dsb) melekap atau melekapkan; pelekap anggota (pd beberapa jenis ikan dan serangga) utk mendakap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[le.kap] | لکڤ
Definisi : ; ~-lekup bunyi spt bunyi kayu patah dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[le.kap] | لکڤ
Definisi : sj burung, Certhia spp.; ~ batu, Certhia familiaris; ~ gunung, Certhia nepalensis; ~ tanah, Certhia discolor; ~ tualang, Certhia himalayana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[le.kap] | لکڤ
Definisi : ; melekap 1 melekat; menempel: Cicak dpt ~ di dinding. 2 tidak berenggang; berdekatan: Jika ada tetamu, anak itu asyik ~ pd emaknya. melekapkan 1 menjadikan sesuatu melekap; melekatkan: Ia ~ gambar itu ke dlm albumnya. 2 mendekatkan; merapatkan: Ia ~ telinganya ke dinding utk mendengar perbualan ayahnya. lekapan sesuatu yg melekap; sesuatu yg dilekapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)