[le.mas] | لمس
Definisi : tidak boleh bernafas (kerana tenggelam dlm air, kena gas, dll), sesak bernafas; mati ~ mati kerana tidak dapat bernafas; ~ fikiran tidak dapat berfikir, bingung; melemaskan menjadikan lemas: begitu tebal asapnya sehingga kalau sejam dua ia begitu tentulah ia dapat ~ manusia; kelemasan menjadi lemas: ia pun mati oleh sebab ~; pelemas; zat ~ Id zat yg berupa gas dan tidak berbau (dlm udara ada 78%), nitrogen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[le.mas] | لمس
Definisi : 1. boleh dilentur-lentur (kerana lemah, lesu, dll), tidak mempunyai kekuatan, lemah, lembut; 2. halus (budi bahasa dll), lemah lembut (kelakuan); melemaskan melembutkan atau melemahkan sesuatu, menghaluskan (budi bahasa dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[le.mas] | لمس
Definisi : tidak dpt bernafas kerana tenggelam dlm air (kena gas dll); sesak bernafas: Sudah dua orang yg mati ~ dlm kolam itu. ~ fikiran tidak dpt berfikir; bingung. melemaskan menjadikan lemas: Asap yg tebal itu telah ~ beberapa orang kanak-kanak. kelemasan menderita lemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)