[lé.rét] | ليريت
Definisi : (lérét) banjar, baris, barisan, jajaran: itulah leretan Bukit Seguntang spt yg tersebut dlm Sejarah Melayu itu; di hadapan rumahnya terdapat beberapa ~ pokok rambutan lekang; berleret, berleret-leret berbaris, berbanjar: aku merayap ke depan dan ke belakang motokar yg ~ itu; meleretkan mengaturkan berbaris, membariskan, membanjarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lé.rét] | ليريت
Definisi : (lérét); berleret, berleret-leret 1. = meleret panjang sungguh (tali, kain, dll), labuh sangat: dipakai jubah kasa halus, jubah meleret sampai ke kaki; 2. = meleret, meleret-leret berpanjang-panjang (perbualan, percakapan, cerita, dll), berjangkit-jangkit: tidak usahlah saya mengulas panjang lebar sehingga meleret-leret lagi; meleret 1. berleret; 2. memanjang, melebar: di bibirnya ~ sebuah senyuman yg manis; senyumannya ~ sahaja; meleretkan memberikan (senyuman) yg melebar: atuk hanya ~ senyuman sambil memandang tepat pd mukaku; meleret-leretkan menjadikan (cerita, huraian, dsb) meleret-leret: sengaja saya ~ misalan ‘panca’ ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lé.rét] | ليريت
Definisi : /lérét/, = leretan baris memanjang; jajaran; banjar: Di belakang rumahnya, terdapat beberapa ~ pokok buah-buahan. berleret-leret berbaris-baris; berbanjar. meleretkan mengatur supaya berbaris; membanjarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[lé.rét] | ليريت
Definisi : /lérét/; meleret 1 panjang sungguh (bkn tali, kain dll): Jubahnya ~ ke tanah. 2 berpanjang-panjangan (ttg cerita, perbualan dll); berjangkit-jangkit: Perbualannya ~ pula kpd hal-hal politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)