[liang] | لياڠ
Definisi : lubang yg halus (bekas tikaman, tempat keluar wap atau air pd enjin, dll): dgn lima ~ luka kena peluru itu, keadaannya parah sekali; tikam Laksamana tikam orang berani, sama se~ itu pun matilah Si Jebat itu; ~ hidung lubang hidung; ~ jarum mata (lubang) jarum; ~ kubur lubang kubur tempat menanam mayat; ~ kumbang lubang utk mengalirkan air keluar (pd perahu); ~ lahad lubang tempat meletakkan mayat (dlm kubur); ~ mata lekuk mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[liang] | لياڠ
Definisi : ; ~-liuk = berliang-liuk = meliang-liuk berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dll): batang padi meliang-liuk, berombak-ombak dilanda angin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[liang] | لياڠ
Definisi : lubang yg kecil atau halus. ~ hidung lubang hidung. ~ kubur lubang yg digali tempat menanam orang mati. ~ lahad ruang tempat meletakkan mayat dlm kubur (dikeruk pd bahagian sisi sebelah kiblat liang kubur dan sama paras dgn dasar kubur). ~ roma lubang yg kecil-kecil pd kulit tempat peluh keluar. ~ stoma ist liang yg seni pd daun atau pd batang tumbuh-tumbuhan utk laluan udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[liang] | لياڠ
Definisi : ; liang-liuk gerakan yg lembut, spt api ditiup angin. berliang-liuk bergerak berliuk-liuk (spt api ditiup angin). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)