[lu.ruh] | لوروه
Definisi : gugur kerana sudah masak (buahbuahan), gugur kerana sampai masanya (daun, bulu, dll); musim ~ musim daun gugur; ~ upih pergam datang, suruh putih hitam datang prb lain yg dihajati, lain yg didapat; berluruhan luruh banyak-banyak, luruh di sana sini, berguguran: daun-daun ~ pd musim gugur; meluruh 1. bertukar bulu (ayam dll), meranggas; 2. gugur pd musim luruh (daun), meranggas; meluruhkan menyebabkan luruh, menggugurkan, meranggaskan: tiupan angin yg kencang ~ daun-daun pokok di kawasan itu; luruhan sesuatu yg luruh, guguran: “Nenek, kita ke rumah sakit ya,” ucap Nadira dlm ~ air mata; keluruhan kejadian luruh: ramai orang percaya bahawa bahan itu boleh menyebabkan ~ rambut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lu.ruh] | لوروه
Definisi : sl daerah, jajahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lu.ruh] | لوروه
Definisi : gugur kerana sudah masak (bkn buah-buahan); gugur kerana sudah sampai masanya (bkn bulu, daun dll). musim ~ musim daun-daun gugur (antara musim panas dgn musim sejuk). meluruh 1 mula gugur atau luruh (bkn daun-daunan); meranggas. 2 bertukar bulu (bkn ayam dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)