[me.mu.lau.kan] | ممولاوکن
Definisi : 1. memisahkan drpd yg lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dgn orang lain): mereka yg melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga sendiri; orang itu telah dipulaukan drpd masyarakat setempat; 2. enggan menyertai atau berurusan dgn sesuatu, memboikot: hanya Parti Buruh sahaja yg ~ pilihan raya kali ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.mu.lau.kan] | ممولاوکن
Definisi : 1 memisahkan dr yg lain; mengasingkan. 2 tidak mempedulikan; memboikot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)