[me.re.ngus] | مرڠوس
Definisi : bersungut atau berbuat sesuatu dgn keras dan kasar serta muka yg masam kerana marah, tidak senang hati dsb: “Celaka budak ini,” Bidin ~ sambil mengheret Bujal naik; kami rasa, dia tidak suka bergaul dan suka ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.re.ngus] | مرڠوس
Definisi : 1 bermasam muka kerana tidak senang hati atau kerana marah; berbuat sesuatu dgn keras dan kasar kerana marah dll: Bidin ~ lalu mengheret Bujal naik. 2 = merengus-rengus merungut; bersungut-sungut (kerana marah dll): Ia ~ sambil berjalan dr situ. perengus orang yg suka merengus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)