[mus.li.hat] | مصليحت
Definisi : Ar 1. daya upaya, ikhtiar: apakah ~ agar kesatuan itu benar-benar boleh me-wakili pelajar Melayu seluruhnya; 2. = tipu ~ tipu daya, akal, helah: sekarang apa yg kita mahu ialah satu tipu ~ yg licin spt yg dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam itu; beliau menyeru supaya harta wakaf hendaklah digunakan utk ~ am; ~ perang siasat perang, taktik perang; bermuslihat mempunyai muslihat: negara itu mencapai matlamatnya dgn ~ dlm hal ehwal negara lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mus.li.hat] | مصليحت
Definisi : 1 daya upaya; ikhtiar: Ia mencari ~ utk melepaskan dirinya. 2 = tipu ~ tipu daya; helah: tipu ~ perang taktik perang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)