[nis.ta] | نيستا
Definisi : 1. aib, cacat, cela, rasa malu: bagiku, ini suatu ~ yg amat sangat; 2. kata-kata menghina (mencemar dll), makian, penghinaan: dikatainyalah isterinya di muka kawan-kawannya dgn segala ~ dan penghinaan; 3. hina, keji, rendah: kata-kata ~; makhluk ~ makhluk yg hina; menista 1. memberi malu, mencela, mengaibkan: jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan dinista dgn kata yg jahat; 2. mengata-ngatai, menghinakan, mengumpat: kalian menuduh saya dgn segala kebohongan, mencemarkan kandungan buku itu, ~ saya, kemudian minta pula wang dr hasil peluh saya; nistaan celaan, cercaan, hinaan: dahulu ia mendengar hal Tante Lien dr nyonya sebelah, tapi belum dipercayainya ~ itu; kenistaan perihal nista, keaiban, kehinaan, kecelaan: beliau juga menyebut tentang ~ bahasa yg perlu dihindari oleh penyair. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[nis.ta] | نيستا
Definisi : 1 kata-kata yg bertujuan menghina dsb; cercaan; makian: Segala macam ~ dan umpat dihamburkan kpd pemuda itu. 2 hina sekali; keji: kata-kata ~ kata-kata yg keji; perbuatan ~ perbuatan yg keji. 3 rasa malu; aib. menista memberi malu; mengaibkan; mencela: Jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun jangan dinista dgn kata-kata yg keji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)