[or.kés.tra] | اورکيسترا
Definisi : (orkéstra) pasukan pancaragam yg besar bilangan ahli muziknya dan sesuatu jenis alat muzik (terutama biola, trompet, saksofon, dsb) dimainkan oleh beberapa orang pemuzik dgn seorang memimpin pasukan ini: O~ RTM; ~ simfoni orkestra yg mempersembahkan atau memainkan simfoni; mengorkestrakan mempersembahkan atau menggubah (lagu atau muzik) utk orkestra: dia ~ beberapa buah lagu rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[or.kés.tra] | اورکيسترا
Definisi : /orkéstra/ pasukan pancaragam yg besar bilangan pemain muziknya dan mereka memainkan sesuatu jenis alat muzik (spt seksofon, biola) beramai-ramai dgn pimpinan seorang konduktor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)