[pa.rah] | ڤاره
Definisi : 1. teruk atau berat sangat (luka, penyakit): mereka cedera ~; penyakit lemah jantungnya bertambah ~; 2. susah, sukar, teruk (keadaan dll): penghidupannya sudah ~; rumah kita ini sudah ~ benar; Ramli betul-betul sudah ~ mengikuti permainan kami; pd hari pengumuman keputusan perbicaraan dan hari-hari seterusnya perangai ibunya semakin ~; memperparah menjadi lebih parah; keparahan perihal atau keadaan parah: tindakan tersebut boleh menyebabkan tumbuhan itu sembuh atau ~ penyakitnya akan berkurang; ~ ekonomi kerana naik turunnya harga pasaran bahan-bahan eksport. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pa.rah] | ڤاره
Definisi : 1 terlalu sangat (sakitnya dll); teruk benar (kecederaannya): Dlm kemalangan itu, seorang gadis Cina telah cedera ~. 2 susah atau sukar benar keadaannya: Keadaan kewangannya ~ benar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)