Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.tih] | ڤلاتيه

Definisi : 1. orang yg melatih (mendidik, mengajar) supaya mahir; ~ bola sepak; 2. orang yg sedang menerima latihan; doktor ~ doktor yg masih menjalani latihan praktikal (di hospital). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.tih] | ڤلاتيه

Definisi : 1 orang yg melatih (mengajar, mendidik): ~ bola keranjang. 2 orang yg dilatih atau yg sedang menerima latihan: jururawat ~ jururawat yg sedang berlatih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelatih