Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.gang] | ڤمݢڠ

Definisi : 1. alat utk memegang sesuatu: ~ kanta; 2. bahagian alat tempat dipegang (tangkai, gagang, dll), pegangan; 3. orang yg memegang atau mempunyai hak atas sesuatu: ~ saham; ~ amanah orang yg menjalankan amanah; ~ andil (saham) orang yg memegang saham, persero; ~ buku orang yg mengurus buku kira­-kira; ~ polisi orang (badan, syarikat, institusi dsb) yg mempunyai polisi insurans; ~ rekod orang yg berjaya memperoleh pencapaian terbaik, tertinggi dsb dlm sukan atau kegiatan lain; ~ saham orang atau badan yg memiliki saham dlm sesebuah syarikat; ~ serah hak (Udg) orang yg dipindahkan harta atau hak kepadanya mengikut undang-undang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.gang] | ڤمݢڠ

Definisi : 1 alat utk memegang sesuatu. 2 bahagian drpd sesuatu benda utk dipegang. 3 orang yg memegang sesuatu jawatan atau yg mengendalikan sesuatu urusan: ~ buku orang yg mengurus buku akaun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegang
Kata Terbitan : berpegang, berpegang pada, berpegangan, memegang, pegangan, pemegang,