[pe.nat] | ڤنت
Definisi : tidak mempunyai kekuatan pd fikiran dan badan (terutamanya berehat selepas sesuatu kegiatan), jerih, letih, payah; melepaskan ~ berehat utk menghilangkan penat; ~ lelah (jerih) = jerih ~ a) sangat letih; b) ki segala kesusahan (kesukaran); berpenat-penat berlelah-lelah, bekerja kuat, bersusah-susah: kita tak usah ~ menunggu lori dlm perjalanan; memenatkan melelahkan, meletihkan; kepenatan 1. kelelahan, keletihan: nafasnya kedengaran mendesis kerana ~ mengayuh beca; 2. rasa penat (lelah, jerih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.nat] | ڤنت
Definisi : tidak berdaya lagi melakukan sesuatu; berasa memerlukan rehat; letih. memenatkan menyebabkan berasa penat; meletihkan. kepenatan 1 berasa penat; keletihan: Dia ~ setelah mengejar pencuri itu. 2 keadaan atau rasa penat: Segala ~nya hilang apabila melihat keputusan peperiksaan anaknya yg cemerlang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)