[pe.ngan.tin] | ڤڠنتين
Definisi : orang yg sedang menjalani istiadat perkahwinan, mempelai: maka disambut oranglah ~ itu dibawa naik; ~ baru orang yg baru berkahwin; senapang ~ sj senapang yg berlaras dua; berpengantin 1. menjadi pengantin; 2. merayakan istiadat perkahwinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.ngan.tin] | ڤڠنتين
Definisi : ; kembang ~ Id sj tumbuhan (pokok renek), Nyctanthes arbortristis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.ngan.tin] | ڤڠنتين
Definisi : orang yg sedang menjalani istiadat perkahwinan; mempelai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)