[pe.reng.gan] | ڤرڠݢن
Definisi : 1. batas, perhinggaan, sempadan: pergaulan bebas haruslah ada ~nya; ~ negeri sempadan negeri; 2. had, takat: apabila air pasang paras air di pantai ini naik ke ~ pinggang; 3. bahagian drpd muka atau bab dlm buku (rencana dll) yg terdiri drpd beberapa baris, paragraf: tiga ~ di atas menghuraikan latar belakang masalah ini; syarat-syarat yg diperlukan ada dinyatakan dlm ~ kedua bab pertama; berperenggankan berbataskan, bersempadankan; memerenggankan 1. mengehadkan, membataskan; 2. membahagikan sesuatu (mis teks) kpd beberapa perenggan; pemerengganan proses atau perbuatan memerenggankan sesuatu: penggunaan tanda baca dan ~ yg wajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.reng.gan] | ڤرڠݢن
Definisi : 1 had atau peringkat yg terakhir bagi sesuatu; sempadan; batas: ~ negeri sempadan negeri. 2 bahagian drpd sesuatu karangan yg terdiri drpd beberapa baris; penggal: Syarat-syarat yg diperlukan itu ada dinyatakan dlm ~ kedua, bab pertama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)