Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.ba.di] | ڤريبادي

Definisi : 1. manusia sbg diri sendiri (diri per­seorangan): perkara ini adalah soal diriku sendiri, soal ~; pendapat ~ pendapat sendiri seseorang (sbg orang perseorangan); pengawal (penolong, setiausaha) ~ pengawal (pe­nolong, setiausaha) utk diri sendiri; 2. sifat­-sifat (kelakuan, sikap, dll) seseorang yg sudah sebati dgn dirinya sendiri utk merupakan wataknya (yg terasing drpd yg umum): puasa adalah satu drpd beberapa latihan utk membentuk kesopanan dan ~ yg tinggi; berperibadi mempunyai peribadi (sifat-sifat dll diri sendiri): seorang pengarang harus merupakan seorang manusia yg ~ sendiri, dgn pendapatnya dan pendiriannya sendiri; keperibadian perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam; berkeperibadian mempunyai keperibadian: usaha membina bangsa Malaysia yg kreatif, dinamis dan ~ sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.ba.di] | ڤريبادي

Definisi : 1 manusia sbg dirinya sendiri; orang di luar tugas-tugasnya yg rasmi; orang perseorangan: Itu soal ~ku, engkau jangan campur. 2 sifat atau sikap seseorang yg sudah sebati dgn dirinya; seluruh sifat dan sikap seseorang yg membezakannya drpd orang lain: Puasa bertujuan membentuk ~ yg tinggi. keperibadian perihal sifat, sikap dsb seseorang (sesebuah negara dll) yg membezakannya drpd yg lain: Tiap-tiap negara di Asia Tenggara mempunyai ~nya masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peribadi (kata nama)
Bersinonim dengan perseorangan, persendirian, diri sendiri, kedirian, seseorang, batang tubuh, prebet, oknum;,
Kata Terbitan : keperibadian, berkeperibadian,