Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.hal] | ڤريحال

Definisi : 1 hal dan keadaan sesuatu: Saya ke mari hendak melihat temasya dan ~ negeri Melayu di sini. 2 sesuatu yg berlaku; peristiwa; kejadian: Telah dilihat baginda ~ itu, baginda pun terlalu murka. memerihalkan menceritakan atau menjelaskan sesuatu; menerangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perihal
1. Bersinonim dengan keadaan
( hal, perkara, peristiwa, kejadian, peri, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan mengenai
( berkenaan, tentang, fasal, akan, terhadap, darihal, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : memerihalkan, keperihalan, pemerihalan,

Peribahasa

Hitam bagai buntut (= pantat) belanga.

Bermaksud :

Perihal keburukan sifat seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(3)