[pin.ja.man] | ڤينجمن
Definisi : 1. barang dll yg dipinjam (dipinjamkan); 2. wang yg diberikan kpd seseorang dll utk sementara dan perlu dikembalikan kemudian, hutang; ~ bercagar (Eko) pinjaman yg bercagarkan sesuatu aset (mis rumah dan tanah) sbg jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan; ~ kenderaan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan atau majikan utk membolehkan seseorang (pekerja dsb) membeli kenderaan sendiri, mis kereta dan motosikal; ~ peribadi = ~ persendirian pinjaman wang tunai dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan dsb kpd individu yg memohon, dgn syarat tertentu; ~ perumahan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh majikan atau institusi kewangan kpd seseorang (pekerja dsb) utk membeli rumah; kata ~ (Lin) perkataan yg diambil drpd bahasa asing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pin.ja.man] | ڤينجمن
Definisi : 1 apa-apa yg dipinjam atau dipinjamkan: buku ~. 2 hutang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)