[pro.fé.sor] | ڤروفيسور
Definisi : (profésor) tenaga akademik yg paling tinggi taraf jawatannya, biasanya mengetuai sesebuah jabatan pengajian di universiti atau pusat pengajian tinggi, mahaguru; ~ adjung gelaran kehormat kpd profesional, tokoh korporat dsb yg mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dlm sesuatu bidang, yg dilantik sbg tenaga pengajar sambilan di institusi pengajian tinggi; ~ diraja gelaran tertinggi yg dianugerahkan kpd seseorang profesor oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong; ~ emeritus gelaran kpd profesor yg telah bersara sbg suatu penghormatan; ~ madya pensyarah yg tarafnya di bawah profesor di universiti; ~ pelawat profesor yg diundang mengajar dsb di universiti lain (biasanya di luar negara) utk suatu tempoh masa tertentu; penolong ~ pensyarah yg tarafnya setingkat di bawah profesor madya di universiti; keprofesoran ciri (sifat, kewibawaan dsb) sbg profesor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pro.fé.sor] | ڤروفيسور
Definisi : /profésor/ pengajar yg tertinggi taraf jawatannya di universiti; mahaguru. ~ emeritus gelaran sbg penghormatan kpd profesor yg telah bersara. ~ madya pensyarah di universiti yg tarafnya di bawah profesor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)